SUMBANGAN PRIHATIN ZAKAT
COVID-19 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - PKP 3.0

Permohonan program Sumbangan Prihatin Zakat (SPZ, MUIP) ini adalah merupakan sumbangan khas bagi membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan serta terkesan dan terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan - PKP 3.0 "Total Lockdown" yang dilaksanakan oleh kerajaan diseluruh negara. Permohonan ini dibuka khusus bagi warganegara yang beragama Islam, berumur 21 ke atas dan bermastautin di negeri Pahang Sahaja.
Pemohon yang layak boleh membuat permohonan melalui sistem ini dan tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Jun 2021.